*Sambungan dari entri : Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj (sila klik jika anda masih belum membacanya lagi).
| Assalamualaikum wbt |
Apa khabar?
Diharap para pembaca semua sihat walafiat serta sentiasa dirahmati Allah
swt hendaknya. Saya percaya, tentu anda seringkali terdengar mengenai
perihal kedasyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang
akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah
kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka? Mengapa mereka
akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang
menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding
bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia? Untuk
entri kali ini, saya akan merungkaikan secara amat terperinci mengenai
sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj sebagai santapan pengatahuan
buat anda semua!
Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah
Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis..
1- Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
2- Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
3- Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
4- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.
4- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.
Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj) |
Ham
dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di
Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis
mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan
Auj pula mempunyai anak bernama Unuk. Kini bermulalah kisah kehidupan
anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang
menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini
masih lagi wujud sehingga ke hari ini). Oleh kerana saiz tubuh badan
manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula
adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang
lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj
di Dubai (wallahualam). Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk
iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti
mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran
kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.
Untuk pengatahuan
semua, Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu
mengjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk
inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir
untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi,
ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak
tenggelam (wallahualam). Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung
tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri
yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di
puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir
sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul
dari permukaan air bah. Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh
akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal
dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.
Beginilah keadaan dashyat banjir besar Nabi Nuh suatu ketika dahulu. Ramai manusia melarikan diri ke puncak gunung namun mereka tetap ditelan banjir besar itu. |
Inilah puncak Gunung Ararat, Turki yang dikatakan tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh. |
Untuk
dijadikan cerita, pada suatu hari Unuk tiba-tiba datang ke negeri Rom
dan bertemu dengan raja di situ. Untuk memenuhi fitrahnya sebagai lelaki
yang telah akhil baligh (walaupun pemikirannya tidak matang) maka Unuk
talah mengemukakan satu permintaan terhadap sang raja, “Tuan, cubalah
carikan saya seorang gadis... tetapi awas! Jika tuan tidak dapat
memenuhi kehendak saya maka saya akan karamkan negara tuan dengan air
laut ini (tsunami)”. Bukan main terkejutnya sang raja setelah mendengar
permintaan Si Unuk itu. Fikiran raja terus mejadi kusut, di mana mungkin
beliau boleh mencari si gadis yang tubuhnya sebesar badan Si Unuk itu!
Tetapi raja tidak kehabisan akal di situ, beliau telah meminta tempoh
selama dua belas tahun daripada Unuk untuk mencari gadis tersebut dan
Unuk pun menerima permintaan sang raja tersebut.
Mulai saat itu,
sang raja memulakan usaha kerasnya demi mengumpulkan ahli pengukir batu
dari seluruh pelusuk dunia untuk membuat sebuah patung gadis rasaksa!
Ahli pengukir batu itu ditugaskan untuk memahat, mengukir, melukis dan
mewarna sebuah gunung batu menyerupai seorang gadis jelita yang sedang
berbaring. Setelah diukir siap selama 12 tahun maka perut si gadis itu
telah dikorek sehingga mempunyai ruang di dalamnya. Di dalam perut gadis
tersebut dimasukkan pula sisa-sisa daging mentah seperti haiwan
ternakan yang mati, sisa makanan dan lain-lain daripada penduduk di situ
kononnya untuk dijadikan sebagai isi perut patung gadis tersebut.
Daging-daging mentah itu telah dibawa masuk ke dalam perut si gadis
melalui liang kemaluan patung gadis tersebut.
Sesetengah pengkaji Islam percaya bahawa banjaran besar di Asia Utara inilah yang dikatakan telah diukir menjadi sebuah patung gadis rasaksa. |
Setelah
benar-benar siap lalu dipanggilnya Unuk untuk melihat si gadis yang
dimintanya dahulu. Bukan main seronoknya hati Si Unuk setelah melihat
patung itu, cantik dan mengghairahkan! Sehelai benang pun tidak menutupi
tubuhnya. Unuk tidak dapat menahan lagi perasaan ghairahnya, lalu
dijimaknya patung itu seperti singa yang sedang lapar! Setelah puas, Si
Unuk terus berlalu pergi tanpa kembali lagi (mungkin meninggal dunia).
Menurut riwayat lagi, air mani Unuk telah bersatu dengan daging mentah
di dalam perut patung gadis tersebut lalu membusuk. Maka dengan kuasa
Allah swt (kunfayakun, jika Allah swt mengkehendakinya lalu jadilah ia)
daging yang busuk tersebut akhirnya telah berulat sebesar saiz tubuh
seorang bayi lalu menjadi kepompong, dari kepompong tersebut maka
menetaslah seorang bayi manusia yang sempurna seperti manusia biasa!
Jumlah kepompong itu teramatlah banyak sehingga tidak terkira! Wajah
mereka pula adalah bulat dan berkulit kuning dipercayai seperti wajah
orang Asia Tengah (wallahualam).
Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin berjima' dengan patung gadis tersebut. |
Setelah
kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan
dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan
patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk. Mereka
keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang
ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar
Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka
tidak dapat keluar mengganggu lagi. Sebagaimana keterangan di dalam
entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj,
pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan
mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi
Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan
Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci!
Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka
ketika ini ya? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka
sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku
kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan
Russia! (wallahualam).
Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj |
source
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
berkomentarlah dengan sopan jika tidak punya blog/ website silahkan pakai :
name/ URL > lalu isi URL-nya dengan akun yang anda miliki.
terimakasih atas kerja samanya